Penerangan
Pada 29 Jun 2020, jam 9.30 pagi telah diadakan perbincangan di antara Jabatan Alam Sekitar Bersama TNB Research Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Anggerik, Aras 2, Jabatan Alam Sekitar. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Puan Thahirah Kamarulzaman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar.
Mesyuarat telah dihadiri 5 orang pegawai dari Bahagian Bahan Berbahaya, 11 orang pegawai dari TNB Research Sdn Bhd dan 3 orang wakil dari Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd (MTM). Perbincangan ini diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut dari pihak TNB bagi tujuan penyediaan Deraf Garis Panduan Pelupusan Pengubah Elektrik (Electrical Transformer) Terpakai di Malaysia.