PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

Taklimat Permohonan Kebenaran Bertulis di bawah Seksyen 19 dan Lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Pelaksanaan Pilot Project Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (Authorised Automotive Treatment Facility)

DOE WP Putrajaya 07/09/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Taklimat Permohonan Kebenaran Bertulis di bawah Seksyen 19 dan Lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Pelaksanaan Pilot Project Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (Authorised Automotive Treatment Facility)
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
07/09/2020
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Taklimat Permohonan Kebenaran Bertulis di bawah Seksyen 19 dan Lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Pelaksanaan Pilot Project Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (Authorised Automotive Treatment Facility) telah diadakan pada 8 Julai 2020, jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Cempaka, Aras 3, Jabatan Alam Sekitar (JAS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya, YM Tunku Khalkausar Tunku Fathahi dan 4 orang pegawai dari Bahagian Bahan Berbahaya. Para peserta terdiri daripada wakil dari Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii), wakil dari JAS Negeri Selangor, JAS Negeri Johor dan JAS Negeri Perak serta beberapa wakil premis yang telah disenarai pendek oleh pihak MARii. Perbincangan ini diadakan bagi tujuan memberikan taklimat cara permohonan Kebenaran Bertulis di bawah Seksyen 19 dan Lesen di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Perbincangan ini telah ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan