PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Sidang Media Majlis Penutupan Ops Gempur Zon Utara Dan Ops Gerak Jas Perak Tahun 2020 pada 27 Ogos 2020

DOE Perak 03/09/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sidang Media Majlis Penutupan Ops Gempur Zon Utara Dan Ops Gerak Jas Perak Tahun 2020 pada 27 Ogos 2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
03/09/2020
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

Satu sidang media majlis penutup Ops Gempur Zon Utara dan Ops Gerak JAS Perak Tahun 2020 telah berlangsung di Hentian RTC Gopeng (Km 291 (U)). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak. Ops Gempur Zon Utara yang bermula 23 hingga 27 Ogos 2020 telah menghasilkan 305 kompaun bernilai RM610,000.00, 46 arahan di lapangan, 47 notis arahan dan 2 kertas siasatan. Dalam Ops ini, sebanyak 7 pasukan penguatkuasa terdiri 6 pasukan dari JAS Perak dan 1 pasukan dari JAS Perlis telah menjalankan pemeriksaan secara serentak di 54 premis industri yang terletak di sekitar Ipoh. Ops Gerak yang dilaksanakan secara bersepadu telah bermula 25 hingga 27 Ogos 2020 berjaya mengeluarkan 18 kompaun, 18 notis arahan dan 6 perintah larangan, 42 kenderaan yang menjalani pengujian melalui meter dan 127 kenderaan yang diperiksa. Penglibatan anggota penguatkuasa adalah terdiri 135 orang dari 7 agensi seperti PDRM, AADK dan JPJ. Pengarah JAS Perak, Haji Rosli bin Zul berkata walaupun nilai kompaun yang agak besar berjaya dikumpulkan dalam Ops Gempur pada kali ini namun ia menunjukkan bahawa masih banyak lagi premis industri yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling dan peraturan-peraturan di bawahnya.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan