Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN TANAH GAMBUT NEGERI PAHANG BIL 1/2020
KUANTAN, 24 OGOS 2020 – Satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tanah Gambut telah berlangsung semalam dengan mesyuarat dipengerusikan oleh pengarah JAS Pahang, Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu dan cara penyelesaian bagi menghadapi pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut.
Antara agensi yeang terlibat dalam jawatankuasa ini ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Pahang, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri Pahang, BOMBA Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Rompin, Pekan & Kuantan, dan Jabatan Hal Ehwal orang Asli (JHEOA) negeri Pahang, dan Daerah Rompin & Pekan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang