Penerangan
TAPAK RAMSAR TASEK BERA TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI BAGI PENGEMBARA YANG MENCINTAI ALAM SEKITAR
BERA, 25 OGOS 2020 – Tapak Ramsar Bera memang tidak asing lagi bagi pengembara yang mencintai alam sekitar dan mahukan peluang yang unik untuk mengalami dan melihat sendiri keindahan alam semulajadi ini.
Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud, Pengarah JAS Pahang berpeluang melawat sendiri tapak biodiversity yang menjadi destinasi eco pelancongan di Malaysia ini. Kedatangan pengarah JAS Pahang disambut baik oleh Penguasa Tapak Ramsar Tasek Bera, En Ahmad Sahrizan bin Mohd Nawawi. Beberapa program telah diatur pihak Ramsar antaranya perbincangan ringkas antara dua jabatan, melawat bahan pameran dan membuat kunjungan ke Tasik Bera dengan menaiki bot.