Penerangan
18 OGOS 2020, KLUANG – Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr. Mohd Famey Yusoff telah hadir ke Program Pelepasan Benih Ikan dan Udang di Sungai Sembrong, Kahang Kluang Johor. Program anjuran Jabatan Perikanan Negeri Johor ini dirasmikan oleh YB Tuan R. Vidyananthan, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Inisiatif ini diambil susulan kejadian ikan mati yang menjejaskan punca pendapatan orang asli Kg Sedohok, Kahang. JAS Johor telah menggantung lesen operasi kilang yang disyaki menyebabkan pencemaran tersebut.