Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Tetap Alam Sekitar Peringkat Negeri Perak (JTTASNP) telah berlangsung dengan lancar buat pertama kali diadakan pada tahun ini. Jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan mengikut Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak pada 27 November 2019.
Mesyuarat JTTASNP telah dipengerusikan oleh YB Encik Ahmad Saidi bin Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak. JAS telah bertindak sebagai Sekretariat di dalam JTTASNP tersebut.