Penerangan
Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat telah menjalankan aktiviti pengauditan bagi Penguatkuasaan EIA di JAS Perak. Mesyuarat pembukaan audit telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Haji Rosli bin Zul.
Program audit yang bermula pada 12 hingga 14 Ogos 2020 tersebut diadakan dengan tujuan untuk memastikan tindakan penguatkuasaan yang dibuat ke atas projek-projek yang telah mendapat kelulusan EIA adalah mengikut Prosedur Tetap Operasi yang telah ditetapkan oleh JAS Ibu Pejabat.
Audit telah dijalankan dengan pemeriksaan di premis projek loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembentungan di Papan, Ipoh. Hasil pengauditan mendapati JAS Perak telah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan mengikut SOP Penguatkuasaan EIA.