PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP) IN EXCELLENT WORK CULTURE

DOE Pahang 24/08/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP) IN EXCELLENT WORK CULTURE
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
24/08/2020
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP) IN EXCELLENT WORK CULTURE KUANTAN, 18 OGOS 2020 - Neuro Linguistic Programming (NLP) merupakan program bagaimana seseorang berfikir dan memproses pemikiran, serta bagaimana seseorang mengatur bahasa dan tingkah laku dan cara berinteraksi dengan orang lain. Objektif kursus ini diadakan antaranya mengembangkan potensi diri, berupaya menguruskan emosi, intelektual dan spiritual dan menyedari serta menghargai keadaan sekeliling khususnya rakan sekerja. Bahagian Pentadbiran JAS Pahang telah menganjurkan satu kursus yang berkaitan bertempat di dewan mutiara, Kompleks Mahkamah Kuantan selama dua hari bermula 18 Ogos 2020 yang telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan JAS Pahang dan turut hadir bersama-sama kursus ini adalah pegawai dan kakitangan Mahkamah Negeri Pahang. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud, Pengarah JAS Pahang. Dalam ucapan penutup Pengarah JAS Pahang, beliau berterima kasih kepada fasalitator dan urusetia yang telah menganjurkan satu kursus yang sangat bermanfaat dan berharap pegawai dan kakitangan JAS Pahang dan mahkamah pahang terutamanya dapat membudayakan segala ilmu yang telah dikongsikan ini di dalam kerja seharian. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jaspahang

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan