Penerangan
KURSUS PENGURUSAN CUTI DAN PENCEN
KUANTAN, 17 OGOS 2020 – Seksyen Sumber Manusia JAS Ibu Pejabat merupakan satu seksyen yang berperanan dalam merancang, mengurus dan memantau segala aktiviti yang berkaitan dengan urusan Pengesahan dalam Perkhidmatan, urusan cuti dan urusan persaraan kakitangan di Jabatan Alam Sekitar terutamanya. Oleh itu, Bahagian Pentadbiran JAS Pahang telah menguruskan satu bengkel pengurusan cuti dan pencen yang telah diadakan pada 17 Ogos 2020 yang lalu bertempat di Mahkamah Kuantan Pahang.
Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud, Pengarah JAS Pahang antara peserta pada kursus telah menyampaikan cenderahati kepada Puan Rozhana binti Mahat dari Seksyen Sumber Manusia, Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar selaku penceramah jemputan pada kursus tersebut.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang