Penerangan
PERANCANGAN MENJALANKAN PEMERIKSAAN SERTA PEMANTAUAN SESUATU KES MELALUI APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) DAN PENGENDALIAN DRON.
KUANTAN, 18 OGOS 2020 – Unit GIS JAS Pahang telah menganjurkan satu bengkel aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) kepada pegawai teknikal yang terlibat dengan kerja di lapangan. Bengkel telah diadakan di bilik mesyuarat Anggerik pada 17 – 19 Ogos 2020.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada pegawai JAS Pahang berkaitan penggunaan aplikasi GIS dan pengendalian dron bagi memudahkan dan membantu pegawai dalam menyelesaikan kerja yang dihadapi ketika membuat perancangan mahupun menjalankan pemeriksaan serta pemantauan sesuatu kes.
Dalam majlis penyampaian cenderahati kepada pihak JAS Ibu Pejabat, Pengarah JAS Pahang, Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud berkata, bengkel seperti ini amat membantu pegawai dalam menjalankan tugas harian terutama kes pemantauan yang tidak dapat di jejaki atau dikesan melalui jalan darat.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang