Penerangan
JASAMU DIKENANG!!
KUANTAN, 13 OGOS 2020 - "Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Inikan Pula Tempat Kita Mencari Rezeki dan Berbakti". Itulah yang boleh dikatakan kepada setiap penjawat awam yang bakal melalui satu fasa baru dalam hidup.
Persaraan membawa pelbagai erti dan makna bagi setiap penjawat awam. hakikatnya setiap pesara sebenarnya sedang melangkah atau telah memasuki fasa hidup yang baharu dan pastinya akan berhadapan dengan suasana dan
cabaran yang berbeza dengan alam pekerjaan.
Puan Zakiah bt Mamat telah memilih untuk menamatkan perkhidmatan beliau sebagai penolong jurutera di Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang setelah berkhidmat selama 4 tahun di JAS Pahang. Sepanjang 29 tahun berkhidmat bersama kerajaan, beliau telah ditempatkan di beberapa jabatan di seluruh Malaysia.
Beliau berkata pada satu majlis persaraan di JAS Pahang, "bidang alam sekitar merupakan satu bidang baharu kepada beliau. Pelbagai perkara baru telah dipelajari terutama dari segi aspek pemuliharaan alam sekitar."
Berkata lagi, walaupun bakal bersara beliau tetap akan menjadi mata dan telinga kepada jabatan dalam memerangi tangan2 yang cuba merosakkan alam sekitar serta akan cuba mendidik generasi baru dalam menjaga khazanah alam ini.
Tahniah dan selamat bersara diucapkan!!
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang