Penerangan
PERKEMASKAN SISTEM PENGURUSAN SAMPAH DI CAMERON HIGHLANDS
CAMERON HIGHLANDS, 11 OGOS 2020 - Pihak kerajaan persekutuan akan terus berganding bersama kerajaan tempatan dalam memperkemaskan sistem pengurusan sampah dan sisa pepejal bagi menampung keperluan harian di masa akan datang disamping penjagaan alam sekitar dititikberatkan dalam menjaga khazanah alam.
Pengarah JAS Pahang, Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud berkata, Cameron Highlands merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negera justeru itu sistem insinerator yang sedia ada ini adalah antara sistem pengurusan sampah yang terbaik kerana menggunakan teknologi moden dan terkini.
Pada lawatan ke tapak insinerator tersebut, pihak pengurusan dan seliaan telah menyampaikan taklimat berkenaan cara pengurusan sampah dan sisa pepejal dilakukan seterusnya lawatan tapak bagi melihat sendiri cara pengurusan tersebut.
Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi), Puan Noorshahniyati bt Ahmad Shukri, Ketua - ketua cawangan serta pegawai kanan JAS Pahang.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang