Penerangan
LAWATAN KERJA JAS PAHANG KE LOJI KUASA HIJAU BAHARU KEDUA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)
CAMERON HIGHLANDS, 12 OGOS 2020 -Dengan pelaksanaan pengoperasian hidroelektrik Ulu Jelai ini, penjanaan hidroelektrik TNB akan bertambah bagi memenuhi peningkatan permintaan terutama pada waktu puncak.
Menurut TNB, mereka sentiasa akan memastikan tiada pencemaran seperti pencemaran sungai yang akan berlaku sepanjang pengoperasian sistem hidroelektrik itu.
Pada lawatan tersebut, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang,Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud bersama pegawai - pegawai kanan Jabatan telah melakukan lawatan di Projek Hidroelektrik Ulu Jelai, Cameron Highlands. Projek ini merupakan loji kuasa hijau baharu kedua TNB.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang