PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

JAS PAHANG KOMITED MEMBANTU DALAM PEMULIRAAAN ALAM SEKITAR DI TAPAK RAMSAR TASEK BERA

DOE Pahang 24/08/2020 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PAHANG KOMITED MEMBANTU DALAM PEMULIRAAAN ALAM SEKITAR DI TAPAK RAMSAR TASEK BERA
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
24/08/2020
Organisasi
DOE Pahang

Penerangan

JAS PAHANG KOMITED MEMBANTU DALAM PEMULIRAAAN ALAM SEKITAR DI TAPAK RAMSAR TASEK BERA KUANTAN, 07 OGOS 2020 – Kehadiran Penguasa Tapak Ramsar Tasek Bera ke JAS Pahang disambut baik oleh pihak Jabatan. Pertemuan ini tertumpu kepada perbincangan isu – isu alam sekitar dan penyelesaian yang dapat dibuat bersama dengan kerjasama kedua – dua pihak. Pengarah JAS Pahang, Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud, berkata pihak Jabatan sedia membantu RAMSAR Bera dalam memberi input dan kerjasama dari segi teknikal dan peralatan serta kemudahan yang dapat membantu pihak RAMSAR Bera mengenalpasti punca pencemaran di kawasan seluas kira – kira 31500 hektar itu dan Tasik Bera merupakan tasik semulajadi terbesar di Malaysia. Beliau berkata, dengan adanya penempatan pegawai Jabatan Alam Sekitar di Tapak RAMSAR Bera ini, sedikit sebanyak dapat membantu pihak Jabatan PERHILITAN NEgeri Pahang dalam mengenalpasti isu dan perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS). Turut hadir dalam pertemuan dua hala ini adalah Encik Ahmad Sahrizan bin Mohd Nawawi selaku Penguasa Tapak RAMSAR Tasek Bera dan Encik Shamrulizam bin Shamsudin, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tapak Ramsar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan