Penerangan
Tajuk program : MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN; KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN OPERASI GEMPUR OGOS 2020 PERINGKAT JAS NEGERI SELANGOR.
Tarikh : 6 Ogos 2020
Lokasi : Shah Alam
Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan; Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Operasi Gempur Ogos 2020 Peringkat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah diadakan di Pejabat JAS Selangor. Majlis dilaksanakan dengan tujuan menyuntik semangat patriotisme di kalangan rakyat pelbagai peringkat, hebahan mesej kenegaraan, menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di samping sebahagian pengisian Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020.
Antara pengisian program adalah sesi penyampaian Jalur Gemilang kepada Ketua-Ketua Pasukan Ops Gempur dan nyanyian lagu Jalur Gemilang.