Penerangan
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) JAS Negeri Sabah telah menganjurkan satu (1) hari kursus mengenai Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan & Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan kepada 40 orang ahli JKPAK yang telah dilantik.
Kursus ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada ahli JKPAK yang dilantik mengenai Tatacara Pengurusan Aset & Stor Kerajaan dan seterusnya memastikan pengurusan aset dan stor di JAS Sabah dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan serta yang paling penting mematuhi 1PEKELILING PERBENDAHARAAN (1PP) yang ditetapkan.
Tarikh: 12 Ogos 2020
Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Negeri Sabah