Penerangan
28 Julai 2020 (Selasa), Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Trafik Daerah Seberang Perai Utara menjalankan operasi bersepadu Ops Gerak di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR). Operasi ini tertumpu kepada penguatkuasaan ke atas kenderaan berenjin petrol yang melepaskan kandungan Hidrokarbon dan Karbon Monoksida yang melebihi had yang dibenarkan