Penerangan
TARIKH : 28 Julai 2020
MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Anggerik, Bahagian Bahan Berbahaya
TAJUK : Sesi Perbincangan Bersama MCMC dan SIRIM Berkenaan Garis Panduan Pengimportan UEEE ke Malaysia
PERINCIAN :
Jabatan Alam Sekitar sedang mengemaskini Garispanduan Pengimportan Used Electrical and Electronic Equipment (UEEE) ke Malaysia. Antara UEEE yang sering diimport dari luar negara adalah alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, tablet dan lain-lain lagi. Sehubungan dengan itu, satu sesi perbincangan telah diadakan bersama pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendapatkan input tentang spesifikasi peralatan elektrik dan elektronik yang dibenarkan untuk digunapakai di dalam negara. Maklumat ini adalah penting bagi memastikan syarat-syarat yang akan ditetapkan di dalam garis panduan ini adalah selaras dengan pelaksanaan oleh pihak berkuasa yang lain.