Penerangan
Taklimat penggunaan alat pengukuran habuk dan gas buat julung kalinya telah dijalankan di JAS Perak. Alat pengukuran habuk GRIMM boleh digunakan untuk mengukur parameter PM10, PM2.5 dan PM1.0 manakala alat pengukuran gas iaitu Gas Analyser boleh digunakan untuk mengukur pelbagai gas yang terdapat di sekitar tempat yang hendak diukur. Kolokium ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Najib bin Khalib dari NA One Solution. Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Alam Sekitar Perak, JAS Taiping dan JAS Teluk Intan.