Penerangan
11 Ogos 2020, Mesyuarat Penyelarasan Bahagian Penilaian Ibu Pejabat dan EiMAS Bil.1/2020 telah diadakan bertujuan untuk membincangkan modul-modul kursus dan halatuju pelaksanaannya di bawah keperluan Skim Pendaftaran Jururunding EIA, Skim Pendaftaran Juruaudit Alam Sekitar dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr Norhazni Binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar."