Penerangan
Kursus anjuran Pusat Perundangan & Penguatkuasaan, EiMAS ini diadakan selama 4 hari bermula pada 19 hingga 23 Julai 2020. Kursus ini dihadiri oleh 21 orang peserta dari kalangan pegawai JAS Gred C32 sehingga C29/JA29.
Objektif kursus adalah mempertingkatkan kemahiran pegawai-pegawai Jabatan dalam teknik mengambil gambar semasa menjalankan pemeriksaan dan siasatan di premis melalui pembelajaran mengenai asas fotografi dan mengenal fungsi-fungsi serta pengendalian kamera yang betul. Peserta juga akan didedahkan dengan fotografi forensik dan kaedah penyediaan kertas siasatan. Di dalam kursus ini juga, pengambilan gambar menggunakan dron pada waktu siang dan malam juga dipraktikkan.