Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- LAWATAN TAPAK BARU BAGI PEMINDAHAN STESEN PENGAWASAN UDARA MANUAL PADA 9 JULAI 2020 DI BANGUNAN BARU JKAS DBKL DI TAMAN PUDU HULU PUDU KUALA LUMPUR
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 11/08/2020
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
Wakil JAS WPKL, Wakil Bahagian Udara JAS Ibu Pejabat dan Wakil DBKL telah mengadakan lawatan tapak bersama dilokasi yang dicadangkan di Bangunan Baru Jabatan Alam Sekitar dan Kesihatan (JKAS) DBKL yang terletak di Taman Pudu Hulu, Pudu Kuala Lumpur pada 9 Julai 2020. Stesen pengawasan udara Manual MA05W yang terletak di Wisma SCA yang merupakan bekas pejabat lama JAS WPKL perlu dipindahkan memandangkan bangunan tersebut telah dikosongkan oleh JAS WPKL. Lawatan diadakan bagi mengenalpasti lokasi yang sesuai dan memohon kepada DBKL untuk kelulusan penempatan stesen tersebut.