Penerangan
JAS PAHANG DAN KOLEJ MATRIKULASI PAHANG MENJALINKAN KERJASAMA STRATEGIK DALAM KESEDARAN ALAM SEKITAR
KUANTAN, 06 OGOS 2020 – Dalam usaha memberi kesedaran alam sekitar kepada orang awam dan pihak institusi pendidikan tinggi terutamanya, JAS Pahang mengambil langkah proaktif untuk menjalinkan kerjasama dengan kolej Matrikulasi Pahang menerusi program pemeliharaan Tasik Chini.
Dalam sesi perbincangan awal ini, kedua dua pihak berkongsi pendapat dan pandangan dalam menyedari akan kepentingan pemuliharaan Tasik Chini sebagai sumber alam semulajadi dan tarikan pelancong.
Timbalan Pengarah Pembangunan JAS Pahang, Tuan Haji Muhammad Hisham bin Abdullah berkata, pihak Jabatan amat berbesar hati sekiranya kerjasama ini dapat dijalankan dengan lebih komprehensif. Turut hadir dalam perbincangan awal tersebut adalah pensyarah dari Kolej Matrikulasi Gambang iaitu Puan Sallehattun dan Puan Nur Huda.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaspahang