Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Program Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak Tahun 2020 ini telah berlangsung pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Jabatan Alam Sekitar Perak. Pengarah JAS Perak, Tuan Haji Rosli bin Zul telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dengan kehadiran wakil industri seramai 17 orang.