Penerangan
PERASMIAN EiMAS VEHICLE (EV)
BANGI, 28 Julai 2020 – Projek menaiktaraf EiMAS Vehicle (EV) sedia ada telah dimulakan sejak Jun 2020 dengan inisiatif Pusat Kawalan Pencemaran Udara EiMAS. EV ini merupakan prasarana atau medium pengangkutan yang amat sesuai dan cekap untuk digunakan di dalam kawasan EiMAS yang mempunyai kawasan bercerun dan berbukit
Ciri-ciri yang telah dinaiktaraf adalah termasuklah peningkatan kuasa motor, bilangan tempat duduk daripada dua (2) tempat duduk kepada empat (4) tempat duduk dan juga pemasangan empat (4) brake discs sebagai ciri tambahan kepada keselamatan EV tersebut.