Penerangan
JAS Perak telah menjalankan Ops Gempur 2.0 selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Julai 2020. Dengan kekuatan pegawai seramai 27 orang dan melibatkan 10 pasukan penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan Cawangan telah menjalankan pemeriksaan ke atas 46 premis di seluruh negeri Perak.
Jumlah tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap premis oleh JAS Perak di dalam Ops Gempur ini ialah sebanyak 188 kompaun, 46 arahan lapangan, 51 notis arahan, 1 gantung lesen dan 2 kertas siasatan.
Satu sidang media telah diadakan dalam majlis penutup Ops Gempur 2.0 pada sebelah petang hari ini yang turut disempurnakan oleh Tuan Pengarah Haji Rosli bin Zul dengan jayanya. Seramai 16 orang wakil media hadir membuat liputan di dalam majlis penutup itu.
JAS Perak mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai penguatkuasa di atas pencapaian yang memberansangkan.