Penerangan
14 Julai 2020
Sempena Minggu Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di JAS Perak, dua program ceramah telah disediakan bagi memberi pengetahuan dan input yang berguna kepada pegawai-pegawai JAS. Ceramah pertama bertajuk Pengenalan ERP dan ERT telah disampaikan oleh Tuan Haji Rohimi bin Harun yang menekankan tanggungjawab dan prosedur ERT di JAS Perak. Ceramah kedua disampaikan oleh wakil Jabatan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan Negeri Perak, Encik Mohd Norhafiz bin Ibrahim bertajuk HIRARC yang berkisar tentang penaksiran risiko di tempat kerja. Kedua-dua ceramah tersebut telah berjalan dengan lancar pada sebelah pagi tadi.