PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

Program Kecergasan & Kesihatan Eimas Siri 2/2020

EiMAS 04/08/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Kecergasan & Kesihatan Eimas Siri 2/2020
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
04/08/2020
Organisasi
EiMAS

Penerangan

BANGI, 24 Julai 2020 – Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah mengadakan Program Kecergasan dan Kesihatan EiMAS Siri 2/2020 yang bertempat di Gelanggang Sukan dan Gimnasium EiMAS. Program ini bertujuan untuk memberi galakan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan EiMAS supaya lebih giat melakukan riadah atau aktiviti fizikal dengan menggunakan peralatan sukan yang baru sumbangan KESUMAS iaitu Kelab Sukan dan Kebajikan EiMAS. Peralatan sukan yang baru adalah peralatan sukan memanah, bola untuk sukan bola jaring dan juga raket badminton sebagai tambahan kepada peralatan sukan EiMAS yang sedia ada untuk sukan futsal, bola tampar dan juga sepak takraw. Pada tarikh yang sama juga, jam 2.30 petang telah diadakan program pemeriksaan kesihatan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan EiMAS.  Pengiraan Indek Jisim Badan (BMI), pengukuran tekanan darah,  kandungan glukos dan kolesterol dalam darah adalah antara yang diperiksa semasa program tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan