Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Lawatan Kerja YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man,Menteri Alam Sekitar Dan Air Bagi Kes 110 Kontena Berisi Buangan Debu Electric Arc Furnace (EAYang Ditahan Di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor
- Tahun
- 2020
- Tarikh Keluaran
- 30/07/2020
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
TARIKH : 19 Julai 2020 (Ahad)
MASA : 9.30 pagi
PERINCIAN : Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berjaya mengesan 110 unit kontena berstatus transhipment di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor yang didapati mengandungi bahan buangan debu electric arc furnace (EAF) yang berasal dari Romania sebelum dihantar ke negara pengimport iaitu Indonesia. Buangan EAF dust diklasifikasikan sebagai buangan toksik dan berbahaya di bawah Konvensyen Basel dan dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW 104, di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.