PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PROGRAM PENGUATKUASAAN EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR (PEMERIKSAAN SECARA SELAMAN SCUBA)

DOE Johor 27/01/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGUATKUASAAN EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR (PEMERIKSAAN SECARA SELAMAN SCUBA)
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
29/07/2020
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

Tarikh: 23 Julai 2020 (Khamis) Masa : 10.00am - 2.00pm Projek : Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Bilangan Penyelam : 2 Diver Pasukan Selaman SCUBA JASNJ telah meneruskan aktiviti penguatkuasaan EIA bagi memeriksa pematuhan pemasangan tirai kelodak (silt curtain) di Pelabuhan Tg. Langsat di Pasir Gudang. Pemasangan tirai kelodak (silt curtain) yang dipasang di tapak projek adalah jenis mudah alih (mobile) yang telah disyaratkan dalam Kelulusan EIA yang bertujuan untuk menghalang serakan sedimen dari mencemari kawasan perairan Selat Johor dan sekitar kawasan muara Sungai Johor. Ia juga bertujuan untuk menghalang serakan sedimen dari merentasi sempadan negara (trans boundary pollution). Hasil pemeriksaan selaman SCUBA pada hari ini, mendapati pemasangan tirai kelodak yang dipasang adalah kemas dan rapat. Namun begitu, tirai kelodak yang dipasang tidak lurus ke dasar laut tetapi sebahagiannya terapung ke permukaan air kerana pemberat yang digunakan kurang berat dan perlu diperbaiki segera.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan