Penerangan
Tarikh: 15 Julai 2020 (Rabu)
Masa : 10.00am - 2.00pm
Projek : Pelabuhan Tanjung Pelepas
Bilangan Penyelam : 5 ( 4 penyelam JAS & 1 penyelam pengerak projek)
Satu program penguatkuasaan eia secara selaman SCUBA telah dilaksanakan oleh pasukan selaman SCUBA JAS Negeri Johor bagi memeriksa tahap keberkesanan pemasangan tirai kelodak( silt curtain ) bagi projek mendalamkan kawasan Pelabuhan Tg. Pelepas di Gelang Patah, Johor Bahru.
Pemasangan tirai kelodak (silt curtain) telah disyaratkan dalam Kelulusan EIA yang bertujuan untuk menghalang serakan sedimen dari mencemari kawasan perairan (Sg. Pulai) serta menghalang pencemaran serakan sedimen dari merentasi kawasan sempadan negara (trans boundary pollution).
Hasil pemeriksaan selaman SCUBA di bawah permukaan air pada hari ini mendapati pemasangan tirai kelodak yang dipasang adalah kemas, rapat dan telah mencecah sehingga ke dasar laut. Oleh itu dapat dilihat dengan jelas bahawa perairan di dalam kawasan kepungan tirai kelodak berwarna lebih gelap berbanding kawasan perairan di luar kepungan tirai kelodak. Ini menujukkan bahawa pemasangan tirai kelodak yang dipasang adalah sempurna dan telah dapat mengawal serakan sedimen di kawasan projek ini.