Penerangan
Mesyuarat Asean Working Group on Environmental Education (AWGEE)
Tarikh : 3 Julai 2020 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Cempaka, Aras 3, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya
Delegasi Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Asean Working Group on Environmental Education (AWGEE) ke-12 secara virtual.
Delegasi Malaysia ke Mesyuarat AWGEE kali ke-12 kali ini telah diketuai oleh YBrs Puan Norlin Bt Jaafar, Ketua Pengarah Alam Sekeliling , dan diiringi oleh YBrs Dr Norhazni Bt Mat Sari Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JAS.
Mesyuarat ini turut dihadiri Pn Hajah Dalilah Bt Haji Dali JAS, dan En Azhar Bin Saran serta pegawai-pegawai seksyen berkaitan di Bahagian Komunikasi Strategik, JAS dan dibantu oleh Bahagian Teknologi Maklumat, JAS.
Mesyuarat AWGEE ini merupakan satu kumpulan kerja dibawah naungan ASOEN (ASEAN Senior Officials On The Environment). AWGEE merupakan satu platform untuk menyelaras kerjasama di antara negara- negara ASEAN untuk pembangunan lestari dan mempromosikan pendidikan Alam Sekitar (Environmental Education) serta penglibatan awam di wilayah ASEAN. Ketua Pengarah JAS merupakan National Focal Point bagi AWGEE.