Penerangan
JAS WPKL telah melaksanakan Ops Gempur JAS WPKL Bil 1/2020 bermula 20 Julai 2020 hingga 22 Julai 2020 ke atas premis-premis di Kawasan Perindustrian Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ops ini melibatkan 13 pasukan dari 39 pegawai dari JAS WPKL. Pelancaran Ops Gempur JAS WPKL Bil /2020 ini telah dilancarkan oleh Pengarah JAS WPKL, Encik Azlan Bin Haji Ahmad dan taklimat ringkas oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Operasi JAS WPKL, Encik Mohd Rosiskada Bin Mohamed pada 20 Julai 2020 bertempat di Ruang Legar Bahagian Operasi,JAS WPKL.