PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Ops Gempur Bil.1/2020 Hari Kedua Oleh JAS Cawangan Bintulu

DOE Sarawak 27/07/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ops Gempur Bil.1/2020 Hari Kedua Oleh JAS Cawangan Bintulu
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
27/07/2020
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

Ops Gempur Bil.1/2020 hari kedua oleh JAS Cawangan Bintulu pada 8 Julai 2020. Seramai 6 orang pegawai JAS Cawangan Bintulu telah melaksanakan Ops Gempur tersebut ke atas sebuah premis PYBDT yang berasaskan industri penyudahan logam dan sadur elektrik bertempat di kawasan perindustrian berat Samalaju, Bintulu. Tujuan penguatkuasaan ini dijalankan adalah untuk mencegah berlakunya kejadian pencemaran alam sekitar dengan menfokuskan kepada sektor industri yang menghasilkan buangan terjadual dalam kuantiti yang tinggi. Tindakan penguatkuasaan susulan akan dijalankan sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya oleh premis tersebut. Pelaksanaan operasi ini juga mengambilkira SOP, arahan dan langkah-langkah keselamatan yang telah dikeluarkan oleh MKN, KKM dan JAS.