Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel
Kolokium dan taklimat teknologi sistem rawatan pengolahan efluen terkini yang digunapakai oleh kilang kelapa sawit pada 20 Julai 2020 bertempat di Pejabat JAS Cawangan Bintulu. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pegawai-pegawai JAS Cawangan Bintulu dalam menjalankan kerja penguatkuasaan di lapangan dan selaras dengan hasrat kerajaan Negeri Sarawak untuk semua kilang kelapa sawit mencapai pematuhan had pelepasan parameter BOD sebanyak 20mg/L pada tahun 2020. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Anthony Tou daripada perunding Sinar Berika TC Sdn Bhd.