Penerangan
JAS Cawangan Bintulu bersama-sama dengan NREB Cawangan Bintulu telah mengadakan satu sesi taklimat dan perkongsian maklumat berkaitan dengan perundangan alam sekitar pada 16 Julai 2020 bertempat di Pejabat NREB Cawangan Bintulu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai NREB Cawangan Bintulu mengenai Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh JAS di samping Pegawai JAS juga dapat mempelajari Natural Resources And Environment Ordinance 1993 yang dikuatkuasakan oleh NREB. Selain daripada itu, program ini diharap dapat meningkatkan lagi kerjasama antara JAS dan NREB dalam menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar khususnya di Bahagian Bintulu dan memberikan perkhidmatan awam yang lebih baik di bawah bidang kuasa agensi masing-masing.