Penerangan
TARIKH : 17 JULAI 2020
MASA : 9.30 pagi
LOKASI : Bilik Cempaka, Aras 3, Jabatan Alam Sekitar, Ibupejabat Presint 4, Putrajaya
Bahagian Bahan Berbahaya telah mengadakan bengkel bertujuan membincangkan berkenaan Kod Tariff di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 & Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Objektif bengkel ini diadakan bagi berkongsi maklumat dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya dan mendapatkan penerangan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) berkaitan import eksport dan tatacara proses penjenisan bagi HS Kod barang dagangan. Bengkel ini telah dihadiri oleh Pegawai dari JDKM, Pegawai dari JAS Johor, Penang, Selangor dan Bahagian Bahan Berbahaya, Bahagian Penguatkuasa serta Bahagian Udara JAS Putrajaya.