Penerangan
Pada 21 Julai 2020, Bahagian Komunikasi Strategik, JAS Ibupejabat telah menerima kunjungan hormat dari Malakoff Corporation Berhad. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengurus Kanan, Pihak Berkepentingan Malakoff Corporation Berhad, Encik Md. Yuha bin Ismail.
Kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara Jabatan Alam Sekitar dan juga Malakoff Corporation Berhad selain membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dimainkan oleh pihak Malakoff Corporation Berhad dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar dikalangan masyarakat Malaysia. Bahagian Komunikasi Strategik JAS Ibupejabat di ketuai oleh Encik Shafee Yasin selaku Pengarah Bahagian Penguatkuasa.