Penerangan
15 Julai 2020, pasukan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah membuat pemeriksaan secara desktop berhubung status pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKTA 127). Pemeriksaan ini diketuai oleh Cik Nor Juliana binti Jaafor, Penolong Pengarah Unit Perai yang mana melibatkan premis-premis yang beroperasi di Kawasan Perusahaan Perai, Daerah Seberang Perai Tengah.