Penerangan
Sesi Libat Urus JAS Terengganu dengan Wakil Kilang Kelapa Sawit telah diadakan pada 16 Julai 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JAS.
JAS Terengganu telah dihadiri oleh En. Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu, KPPK (Operasi) En. Zakaria Ahmad@Mohd, KPP (Pembangunan) En. Mohd Norli Abdullah dan pegawai-pegawai dari Bahagian Operasi. Mana kala Kilang Kelapa Sawit diwakili oleh pegawai masing-masing.
Pengarah JAS Terengganu mengharapkan semua kilang kelapa sawit di Terengganu dapat memainkan peranan masing-masing dengan memberikan komitmen yang berterusan terhadap pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar yang lebih baik. Serta berharap berharap, jaringan komunikasi dan sesi sebegini rupa dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi menjelaskan komitmen semua pihak, khususnya di Terengganu seiring dengan peningkatan kualiti alam sekitar demi kesejahteraan hidup generasi masa kini dan akan datang.
Dalam sesi ini, Pengarah JAS turut menyampaikan Lesen Kilang Kelapa Sawit kepada semua wakil kilang yang hadir.