Penerangan
13 Julai 2020, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bersama-sama pegawai JAS seluruh Malaysia menghadiri bengkel penyelarasan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) bagi siri 2020/2021. Bengkel ini diadakan di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka selama 3 hari. Bengkel ini dirasmikan oleh Encik Shafe’ee Bin Yasin, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, JAS Putrajaya.