PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR GEMPUR TAPAK HARAM PEMBUANGAN SISA TOKSIK DAN BAHAN TERJADUAL BERBAHAYA

DOE Selangor 20/07/2020 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR GEMPUR TAPAK HARAM PEMBUANGAN SISA TOKSIK DAN BAHAN TERJADUAL BERBAHAYA
Tahun
2020
Tarikh Keluaran
20/07/2020
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

Tajuk Program : JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SELANGOR GEMPUR TAPAK HARAM PEMBUANGAN SISA TOKSIK DAN BAHAN TERJADUAL BERBAHAYA Lokasi : Lot 79721, Jalan Sijangkang Utama, Johan Setia, Klang, Selangor. Tarikh : 15 Julai 2020 Penyitaan tapak haram pembuangan sisa toksik dan bahan terjadual berbahaya yang dipercayai telah beroperasi lebih 3 bulan yang lalu iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan. Hasil risikan dan intipan yang dijalankan selama sebulan, termasuk pemantauan dengan menggunakan teknologi dron. Kertas siasatan sedang disediakan bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu Seksyen 16, Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 34A, Seksyen 34B dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu kesalahan menempatkan buangan terjadual tanpa kebenaran Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling, jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara mandatori dan denda sehingga RM500,000.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan