Penerangan
PERBINCANGAN DUA HALA JAS PAHANG DAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG MENGENAI PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR
KUANTAN, 16 JULAI 2020 - Perbincangan awal antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang bersama rakan strategik iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diwakili oleh Dr Nadzirah dan Puan Emma telah diadakan bagi merangka satu program kesedaran mengenai Hari Ozon Sedunia peringkat Negeri Pahang. Maklumat awal telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan), Tuan Haji Muhammad Hisyam B. Abdullah bagi memastikan program dirangka dengan tersusun dan dipersetujui bersama.
UMP merupakan salah satu agensi yang menjadi rakan strategik JAS Pahang dan telah banyak bekerjasama melaksanakan program sebelum ni dalam memberi kesedaran tentang kepentingan dan kelestarian alam sekitar kepada orang awam amnya dan khususnya pelajar UMP.