Penerangan
JOHOR BAHRU, 12 Julai 2020 : JAS Johor telah mengadakan Mesyuarat Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut, bagi membincangkan hal-hal berkaitan & status terkini Check Dam (Sekatan Saliran) & Tubewell ( Telaga Tiub ) di Negeri Johor bagi tahun 2020. Ini bagi memastikan kemudahan tersebut berkeupayaan digunakan apabila berlakunya kebakaran di tanah gambut terutamanya pada muim kemarau.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Mohd Amin Bin Ghazali iaitu Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor. Ianya turut dihadiri oleh Unit Kontigensi & OMPT JAS Negeri Johor, Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Johor & Jabatan Pengairan Saliran Negeri Johor