Penerangan
Johor Bahru, 5 Julai 2020 : Satu Ops Gerak bersama PDRM IPD Pontian telah dilakukan di sekitar daerah Pontian pada 4 Julai 2020 yang lalu.
Sepanjang Ops ini 2 kompaun dan 5 notis arahan telah dikeluarkan dibawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1996 (Diesel).
Orang ramai dinasihatkan supaya menyelenggara kenderaan diesel secara berkala mengikut masa yang telah ditetapkan. Had pelepasan asap yang dibenarkan dari paip ekzos kenderaan diesel sedang beroperasi di jalanraya adalah tidak melebihi 50 Unit Asap Hartridge (HSU) atau dalam unit yang setara.