Penerangan
PERTINGKATKAN SIASATAN PENGUATKUASAAN TETAPI MENGIKUT SOP DAN PEMATUHAN PKPP
KUANTAN, 08 JULAI 2020 - Pegawai di Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang diingatkan supaya meningkatkan penguatkuasaan ke atas premis - premis tetapi masih perlu mengikut SOP dan pematuhan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP).
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud telah menyampaikan amanat beliau kepada semua kakitangan JAS Pahang supaya menjaga SOP yang telah ditetapkan. Dalam amanat beliau itu juga, penekanan berkenaan disiplin dan etika bekerja perlu sentiasa dititikberatkan kerana ianya melambangkan identiti sesebuah organisasi itu sendiri.
Beliau juga turut berkata "setiap pegawai perlu mengikuti kursus selama 7 hari seperti yang telah ditetapkan oleh pihak ibu pejabat disamping menambah ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang itu" katanya dalam satu program Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2020.
Beliau juga mengalukan kedatangan dua (2) pegawai baru dan berharap mereka dapat menyesuaikan diri dengan kerja dan persekitaran.