Penerangan
PEMANTAUAN DI SUNGAI TEMAU EKORAN ADUAN PENCEMARAN SUMBER AIR
LIPIS, 09 JULAI 2020 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menjalankan lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Temau serta lombong – lombong di sekitarnya. Pencemaran sungai yang berlaku sebelum ini telah menyebabkan LRA telah ditutup beberapa kali sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk sekitar.
Setinggi ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh Syarikat Air Pahang (PAIP) dan JAS Cawangan Cameron Highlands yang telah memberi kerjasama dalam memastikan program pemantauan ini berjalan lancar.
Jagalah sungai kita..segala yang berada dimuka bumi ini adalah pinjaman kita dari anak cucu kita.