Penerangan
KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENOLONG KANAN PESURUHJAYA SPRM PAHANG KE JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
13 JULAI 2020 – Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya, En Hairunizam bin Mohmad Amin@Hamim telah membuat kunjungan hormat ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang pada pagi ini dan turut hadir pegawai – pegawai kanan beliau.
Kunjungan ini disambut baik oleh Pengarah JAS Pahang, Tuan Haji Mohd Sani b Mat Daud. Antara perkara yang dibincangkan adalah isu – isu berkaitan polisi dan piagam jabatan dalam menangani pencemaran alam sekitar di negeri Pahang. Ini merupakan pertemuan pertama antara dua jabatan untuk tahun 2020.