Penerangan
30 Jun 2020, mesyuarat Jawatankuasa pasukan khas menangani isu pencemaran sungai dan laut Pulau Pinang Bil. 1/2020 diadakan di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang. Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah membuat pembentangan berhubung status kualiti air sungai di lembangan sungai di dalam Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Phee Boon Poh, EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.